Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 13, 2013

Tamat.

Putus cinta itu sememangnya menyakitkan kan ?
Tambahan pula disebabkan masalah orang ke 3 ni.
Rasa macam nak torehtoreh badan ni betapa sakitnya hati aku rasa.
Emosi semakin hari semakin tidak stabil takut akan kehilangan orang yang tersayang.
Hari demi hari semakin menjadi-jadi perangai aku.
Tapi kenapa aku jadi macam tu ? Sebab aku terlalu sayangkan dia.....
Tapi kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan ?
Aku pasrah, Aku redha.
Cinta tak semestinya memiliki.
Ada kalanya kita perlu berkorban untuk orang yang kita sayang demi melihat dia bahagia bersama insan yang dia pilih.
Biarlah derita ni aku seorang yang tanggung kerana terlalu menyintaimu.
Tanpa aku sedar, dia ada yang lain.
Mungkin bosan bersamaku. Mungkin dia inginkan kelainan atau sesuatu yang baru.
Maafkan aku.
Maafkan aku.
Maafkan aku.
Tidak dapat menjadi yang sempurna untuk dia.
Hancur anganku untuk menjadi isteri dan membina sebuah keluarga bersamanya.
Hancur.
Semoga dia bahagia dunia akhirat. Amin.
Terima kasih untuk segalanya.
:)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...